Sunday, December 26, 2010

Ayat Seribu Dinar


Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Talaq, ayat 2-3)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
*Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Wednesday, December 22, 2010

Khalifah Harun Ar-Rashid Dengan Si Bohlul Gila dan Sa'dun Gila - Abdullah Bin Mahran

Diceritakan daripada Abdullah Bin Mahran r.a.katanya:
Pada salah satu musim haji, Khalifah Harun Ar-Rasyid berangkat dari Baghdad untuk naik haji. Apabila tiba di Kufah, dia berhenti untuk berehat beberapa hari di sana. Sesudah itu, dia berangkat lagi untuk menuju ke Mekah.
Orang ramai keluar di jalan-jalan raya untuk memberikan ‘selamat jalan’ kepada khalifahnya. Diantara yang turut keluar juga ialah Si Bohlul Gila yang bermaksud untuk mengingatkan sesuatu kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu.
Si Bohlul Gila mahu menarik perhatian rombongan khalifah itu kepada dirinya supaya ia dapat menahan rombongan itu walaupun sebentar sahaja. Maka dia telah memilih tempat pembuangan sampah  sebagai tempat hadangannya terhadap rombongan khalifah itu.
Apabila Si Bohlul Gila itu duduk di tempat pembuangan sampah itu, datang kanak-kanak nakal menngerumuninya dan mengusiknya sambil mentertawakannya. Keadaan di sekitar tempat pembuangan sampah itu menjadi bising, riuh rendah dengan suara kanak-kanak dan tertawaannya.
Apabila tiba sahaja sekedup rombongan khalifah di situ, kanak-kanak itu pun lari bertempiaran. Khalifah Harun Ar-Rasyid yang berada di situ pun hairan mendengar bising suara kanak-kanak yang lari bertempiaran itu. Dia lalu menjenguk ke luar sekedup itu, dan dilihatnya Si Bohlul Gila sedang berada di tengah-tengah sampah dan kotoran di situ. Begitu dia lihat Khalifah Harun Ar-Rasyid, dia pun berteriak sekuat suaranya:
“Wahai Amirul Mu’minin!”
“Beta, hai Bohlul! Apa maksudmu duduk di tempat kotor ini?!” Tanya Khalifah Harun Ar-Rasyid.
“Hai Amirul mu’minin! Cuba dengarkan apa yang akan hamba katakan ini: Telah meriwayat kepada kami Aiman Bin Na’il, daripada Qudamah bin Abdullah Al-Amiri, bahawasanya dia telah berkata: Saya telah melihat Nabi s.a.w di Mina menunggang seekor unta dan di sampingnya seorang laki-laki yang kotor pakaiannya, malah baginda tiada menghalangnya dan tiada memukulnya. Sebenarnya baginda sentiasa merendah diri ketika dalam pelayarannya! Maka hamba nasihatkan tuanku supaya merendah diri ketika tuanku dalam pelayaranmu ini. Ingatlah bahawasanya merendah diri itu adalah lebih baik bagimu daripada mengangkat diri dan bersombong diri!
Mendengar nasihat Si Bohlul Gila itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid lalu menangis sehingga membasahi kedua belah pipinya.
“Tambahilah beta dari nasihat-nasihatmu yang baik, wahai Bohlul!” pinta Khalifah Harun Ar-Rasyid lagi.
Si Bohlul Gila lalu merangkaikan syair ini untuknya:
            Katakanlah tuanku memiliki bumi seluruhnya,
            Semua rakyat menundukkan kepala tiada kecualinya
            Tapi tidakkah perut kubur menjadi tempat tinggal akhirnya?!
Orang yang menundukkan kepala sendiri yang akan menimbus tanah ke atasnya!

Khalifah Harun Ar-Rashid terus menangis lagi. Kemudian dia berkata lagi kepada Si Bohlul Gila:
“Terima kasih banyak-banyak atas nasihatmu itu, hai Bohlul”, kata Khalifah Harun Ar-Rasyid.
“Ada lagi yang lain, hai Bohlul?!” pintanya lagi.
“Ada lagi, wahai Amirul Mu’minin!” kata Si Bohlul Gila.
“Seorang laki-laki yang telah diberi Allah kurnia dengan harta kekayaan dan wajah yang cantik, lalu dia membelanjakan hartanya ke jalan Allah, dan dia mensyukuri nikmat kecantikan yang diberikan kepadanya, nescaya Allah akan mencatitkan namanya di dalam diwan (catatan) orang-orang yag baik dan soleh!” Sebenarnya Si Bohlul Gila itu, memaksudkan kata-kata ini kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid sendiri.
“Benar itu …. memang benar apa yang kau katakan itu, wahai Bohlul! Terima kasih banyak-banyak,” sahut Khalifah Harun Ar-Rasyid. “Ini ada sedikit hadiah untukmu, hai Bohlul!”
Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh pengiringnya untuk menyampaikan hadiah itu ke tangan Si Bohlul Gila. Tetapi dia menolaknya sambil berkata:
“Wahai Amirul Mu’minin!” kata Si Bohlul Gila. “ Minta maaf, hamba terpaksa mengembalikan hadiah ini kepada tuannya. Maksud hamba memberi nasihat ini bukan kerana mengharapkan sesuatu balasan daripada tuanku, hanya untuk mengingatkan tunku!” tambah Si Bohlul Gila lagi.
“Tapi, mungkin engkau ada berhutang kepada orang, gunakanlah hadiah ini untuk melunaskannya!” Khalifah Harun Ar-Rasyid memujuknya.
“Wahai Amirul Mu’minin!” balas Si Bohlul Gila lagi. “Hutang tidak boleh diselesaikan dengan hutang (maksudnya hutang budi). Jadi hamba terpaksa mengembalikan hadiah itu juga sebab hutang itu mestilah dibayar dengan hasil titik peluh orang yang berhutang itu sendiri,” tegas si Bohlul lagi.
“Baiklah, si Bohlul! Kalau begitu beritahulah beta, jika engkau ada sesuatu keperluan supaya beta membantumu!” pinta Khalifah Harun Ar-Rasyid semacam meminta-minta kepadanya.
Mendengar ucapan terakhir daripada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu, lalu Si Bohlul Gila mengangkatkan kepalanya kearah langit seraya berujar:
“Wahai Amirul Mu’minin!” kata si Bohlul. “Hamba dan tuanku adalah sama dari hamba-hamba Allah. Mustahil Allah Taala akan mengingati tuanku dan melupakan hamba pula.”
Khalifah Harun Ar-Rasyid menyerah kalah, tidak berani mengeluatkan kata-kata lain kepada Si Bohlul Gila itu. Semua hujahnya telah dipatahkan oleh Si Bohlul Gila itu, dan segala rayuan dan pujukannya ditolak mentah-mentah dengan hujah yang bernas. Dia lalu menutup tabir sekedup itu semula dan memerintahkan rombongan supaya bergerak meninggalkan tempat itu.
Selesai mengerjakan haji itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid bersumpah akan berjalan kaki apabila tiba musim haji pada tahun hadapan.

Pada tahun yang hadapan, Khalifah Harun Ar-Rasyid mahu menunaikan sumpahnya hendak berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun itu. Maka diperintahkan supaya membentangkan tikar sutera berganti-gantian dari Baghdad hingga ke tempat yang ditujui.
Setelah merasa penat dan lelah berjalan kaki itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid berteduh di bawah beberapa pepohonan yang ada di perjalanan itu. Tiba-tiba muncul dari mana pun entahlah Si Sa’dun Gila. Melihat Khalifah Harun Ar-Rasyid berteduh di pohon itu, Si Sa’dun Gila mendapatkannya seraya memberi salam kepadanya. Lalu Sa’dun Gila merangkaikan pula kata-kata ini untuk ditujukan kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu:
            Katakanlah dunia ini sering membahagiakanmu
            Tidakkah maut nanti akan menjemputmu?!
            Apa yang hendak dibuat dengan duniamu?
            Secebis tanah ini cukup untuk istirahatmu (yakni sesudah mati)
            Wahai orang yang mengejar dunianya!
            Biarkanlah dunia itu dengan tipudayanya
            Sebagaimana dia menyebabkanmu tertawa
            Dia juga menyebabkanmu menangis juga

Mendengar madah ini, Khalifah Harun Ar-Rasyid menarik suatu nafas panjang, lalu jatuh pengsan tidak sedarkan dirinya lagi. Tiga waktu solat telah berlalu, namun Khalifah Harun Ar-Rasyid masih lagi tidak sedarkan diri.
Apabila dia tersedar dari pengsannya, dia teringat akan Sa’dun Gila itu. Dia meminta agar Sa’dun Gila datang mengadapnya, namun Si Sa’dun telah hilang tidak ada di situ lagi. Ke mana dia pergi, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Demikianlah hidupnya para wali Allah itu. Mereka sentiasa menegur siapa yang mereka temui kerana Allah, tidak merasa takut atau gerun.
Moga-moga Allah merahmati mereka sekalian dan kita juga, Amin!

Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Monday, December 20, 2010

Habib Al-Najjar dengan munajatnya - cerita orang soleh

   Dikisahkan, bahawasanya Habib An-Najjar adalah tergolong diantara wali-wali Allah terulung. dia selalu memenuhi malamnya dengan bersolat, sedang siangnya pula dengan berpuasa. Al-hasil, dia mengahbiskan semua masanya semata-mata untuk berkhidmat kepada Tuhan Rabbul-jalil.

   Setiap malam dia sentiasa bermunajat kepada Tuhannya dengan ucapan-ucapan yang merendah diri, penuh tawadhuk serta berdoa:
"Ya Tuhan! Hamba sentiasa terseret kepada kelalaian, terbius kepada nafsu!
"Ya Tuhan! Hamba selalu dalam kerendahan dan selalu menempuh jalan kesesatan dan kecelakaan.
"Ya Tuhan! Tiada pegangan bagi hamba selain kepada hadhrat Tuan, hamba tidak mengenal pintu selain milik Tuan, hamba datang mengetuk pintu itu, inilah hamba yang penuh berlumuran dosa bersimpuh di pintu Tuan untuk merasakan nikmat berdekatan dengan Tuan!
"Ya Tuhan! Ampunilah hamba, dan alangkah celakanya diri hamba, sekiranya Tuan tidak berkenan mengampuni hamba serta tidak menerima segala kekurangan hamba, maka alangkah sialnya diri hamba ini!"

Kemudian dia pun bersujud sehingga menjelang subuh. Setelah solat Subuh, dia pun membaca Al-Quran sampai khatam. Saat dia wafat, dia membaca ayat ini:
Maksudnya: 'Sesungguhnya hamba selalu dalam kesesatan yang nyata.' (Yasin: 24)

Maksudnya: 'Sesungguhnya hamba beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarkanlah perkataanku ini!' (Yasin: 25)

Lalu kedua Malaikat pun menjawab: 

Maksudnya: 'Masuklah engkau ke dalam syurga itu!' (Yasin: 26)

Maka beliau lalu berkata pula:
 Maksudnya:  'Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, bahawa Tuhanku telah mengampuniku, serta menjadikan diriku tergolong hamba-hambaNya yang dimuliakan.'  (Yasin: 26-27)

   Alangkah bahagianya para kekasih Allah ini. Mereka terus menghabiskan masanya dengan bermunajat kepada Allah siang dan malam, padahal orang-orang lain hampir kesemuanya dalam kelalaian dan tidur tidak sedarkan diri.

   Mereka akan sentiasa bergembira apabila waktu malam datang menggelapi alam sekitarnya, di mana manusia-manusia lain berlumba-lumba untuk bermaksiat dan lena dalam tidur yang nyenyak, padahal mereka terus sedar berdiri tegak mengerjakan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir kepada Tuhan Maha Agung, dan bermuanajat terus sampai waktu siang. Apabila datang sinar matahari, mereka terus menangis kerana terpaksa berpisah dengan amal yang sungguh dinikmati oleh jiwa mereka.

   Mereka inilah calon-calon syurga dan para penghuninya yang dijanjikan Allah untuk menikmati segala kenikmatan yang terdapat di dalam syurga itu, yang mana kelak mereka tiada lagi akan merasa takut dan mereka tidak akan berdukacita, sebagaiman yang dinyatakan Al-Quran Al-Karim.

"Ya Allah, dengan sebab keberkahan amalan soleh mereka, berikanlah hambaMu ini pertolongan dan rahmatMu, Amin!"


Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Sunday, December 19, 2010

missing U.... :'(

 Esok, 20/12/2010, genap setahun pemergian nenda tercinta ke rahmatullah.. tahun lepas, masih ingt lg dalam ingatan, ms subuh, pkul 5.30 pg, kehangatan badan nenek tercinta sudah mula berkurang, kami mula cemas, tp dalam hati, kami redha :’( xdpt nk ceritakan keadaan ms tu, xdpt nak taip dah. everything blurr...
Salah satu sebab sy xsuka bercerita tentang nenek sy, sbb ianya slalu buat sy menangis..

Smpai di sini shja..

Friday, December 17, 2010

Rumahku Syurgaku....... :(

ni lah keadaan kg saye, gmbar x byk pun..jd cam pdang jarak padang tekukur (bkn burung tekukur ye :p) hee~ ye lah, dah kerajaan nak amik tanah utk wat pembangunan (2 pangsapuri) sbb tepi pantai. ade yg amik pangsapuri yg disediakan kerajaan dgn sewa yg agak tggi, tp kuarga sy memilih untuk beli n duk je dkt Marang, huu T_T jauh tuu ngan bandar KT. kalo sblm ni jalan kaki 20 min je/naik keta 5 min, skrg dah jd 30 min naik keta/sbulan jalan kaki..hehehe :D takde lah, dalam 4/5 jam je jln kaki. dkt la jgk kan..cam dr maktab nk g jerteh..g2 lah lbh krg.
 
ms mama pndah tu bln 10 kot, sy ade kt maktab, pas exam trus balik ke umah mak cik, xsmpat la nk tgk umah nenek, kbtulan mase tman mama g hospital rabu lps, sy pun
singgah la kat umah nenek sy yg tercinta, cdih sgt bl tgk.. smpai nangis2, dh xde ape2 dah.... tp nk wat mcmn.. :(

oh ye, yg ni sj je, ms tman ma hari tu, ramai sgt org, warga emas mmg lah ramai, tp yg umur sederhana pun same ramai dgn yg tua, knp ye?? sbb ape ramai sgt org yg sakit? entahla...

........ dan pastu kan, lps semua org bpndah, kg sy dh x tjaga, banjir, nyamuk, n saye,n jiran2 yg kne pndah ni, xsuka lgsung..xsuka kne pndah ni, sbb kne bpisah dgn semua org.. redha ajelah..
yg pnting ................. sy sygkan rumah sy.. rumahku syurgaku.....















HOME SWEET HOME......... MISS THE OLD ONE, di mana segalanya mengenai yg kusayangi.............

Thursday, December 9, 2010

DOA MENDAPAT KETENANGAN HATI DRP KITAB 101 DOA DRP HADIS2 SAHIH

  اللَهُمَّ  إِنِّي  أَسْأَلُكَ  نَـفْسـاً  بِكَ  مُطْمَئِنَّـةً ،  تُؤْمِنُ  بِلِقَائِكَ، 
                             . وَتَرْضَى  بِقَضَـائِكَ، وَ تَقْنَعُ  بِعَطَائِك

Maksudnya : “Ya   Allah , aku  memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman  dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan  pemberianMu” .[1]

Petua Beramal
            Diriwayatkan  oleh Al Hafiz  Ibnu ‘Asakir  dalam tarjamah Rawwahah binti  Abi ‘Amru  Al ‘Auza’ie dari bapanya  berkata  dari  Abu Umamah  bahawa   Rasulullah  s.a.w  mengajar doa di atas kepada  seorang  lelaki.[2]

            Dr Aid Al-Qarni menjelaskan ketenangan dalam ayat yang bermaksud : “Mengingati Allah s.w.t merupakan sumber ketenangan, taman syurganNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”.[3]  
Di samping menjinakkan diri kita dengan program-program yang diredhai Allah yang menjadikan kita akrab kepadaNya, amalkanlah membaca  doa  di atas , dengan  harapan  semoga  Allah  dengan rahmatNya  memasukkan  kita  ke dalam  golongan  hamba-hambaNya  yang beriman yang menikmati ketenangan hati seperti yang  disebut  pada  akhir  surah  Al-Fajr .

[1] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65  , Al -Alusi  jilid  16 muka surat 238

[2] Tafsir Ibnu Kathir jilid 4 muka surat 65  , Al -Alusi  jilid  16 muka surat 238

[3] Lihat Kitab La Tahzan , Bab Ala BizikrilLahi Tatma`innul Qulub, karangan Dr Aid Abdullah Al-Qarni


dipetik drpd: Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, December 6, 2010

Sami Yusuf Ft Outlandish - Try Not To Cry

Save Palestine.....please, at least raise your hand a doa for them.....

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Don't show your tears
To your oppressor
Don't show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You're not alone
I'll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I'll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land's been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
to the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
imagine what would they say

For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you're not aware
That we're aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don't cry, don't lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
'cause for way too long they've been dry
Plus they see what they shouldn't from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
'cause it should really keep its peace
I throw stones at my feet
'cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
'cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
and kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I'll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
so I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just 'cause it's only affecting my kind?!
If these walls could speak,
imagine what would they say
For me in this path that I walk on
there's only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

lyrics: Isam Bachiri, Waqas Qadri, R. Lenny Martinez, Sami Yusuf, Bara Kherigi & Omar Shah

Pogram Bakti Siswa

saye ni bukan ape...oh yee..saya ada blog, blog ni untuk penulisan, tapi saya malas menulis. saya bagi nama auliya sbb nak dedikasi sebuah buku kesayangan saya, yg xdpt ditukar ganti dengan mana2 buku pun, sejak dari saya lahir, sy dah jmpa buku tu, jadi saye isytiharkan buku tu buku saya, ye lah, dah pak cik saya beli, dia bagi, jd sy punye lah kan.. sy ni malas sgt nak menaip, kan senang kalo tulisan trus kuar dan diterjemah melalui otak je, xyah meletihkan tangan untuk menaip, kan3... oh ye, buku saya tu nama kisah para auliya, buku dia tebal, kisah dia kalo x clap 199 kisah kot, ataupun lbih, tp buku tu t'tinggal kat umah spupu lak, ni sume sbb pndah rumah, saye x suka berpindah, saya sygkan umah tok n tokki saya.. rindu btl~~~~~~~~~

eheheh...termelalut lak..kembali kpada tajuk asal..oleh sbb saya nk menjimatkan perkataan, saya letak gmbr jelah, tp ckit jelah, yg lain ade lam kamera angah a.k.a nur ain fatma zaib. ole itu, untuk memendekkan masa, saya persembahkan kuarga baru saya yang saya telah pun mula sayangi, apabila adik2 spupu angkat saya ckp, " kak farah...., jgn lah balik lagi, balik esok boleh x? pastu... kak farah, kalo kak farah balik lewat ckit petang ni blh x? x puas lagi ade dgn kak farah kt cni... Pok(pak cik 'spupu angkat @ ayah angkat @en. fauzi) blh antar sampai umah... " tharu lah pulak kan..  sy pun jawab lah.. : x boleh sayang, kak farah n kak kinah ade keja, nak kena balik awal, insyaalah, nanti kak farah dtg lagi, nak jmpa semua2 :) tp mmg cdih la mase nak balik tu.. lupa nak ckp, program ni stat 2/12-4/12 2010.. aiseyy.. salah 1 sbb mls nak menaip, ayat x synchronize lgsung, tunggang langgang, xde kesinambungan.. mls dh nak taip, nanti2 lah pulak.. ok2, ni gmbar nya..gmbar kenangan...segalanya mengenai yang kusayangi................

ni pokok pandan, mcm nk berbunga je, js sy pun snap la, xde kne mengena ngan program ni..heheheh~

balairaya/dewan kg ni mng byk sgt anugerah kg tercantik :)

rakinah n tok n dira n hakimi n ikhwan

farah n tok n dira n hakimi n ikhwan

cucu2 tok yg slalu menemani di kala cuti



cucu angkat bersama nenek angkat ;)

saya syg mereka ini dr kiri; ihkwan, hakimi n nadira


ayah angkat (en. fauzi, anak kpd tok)


ummi, jiran tok

tok bersama cucu

yg ni sj je~~ hehehehehhe ;p

Tuesday, November 30, 2010

no Title-it about yourselves

It’s a fate.. dah memang nasib. ape yg kte hilang, blm tentu kita akan dapat balik. banyak sangat contoh dalam dunia ni mcm kematian ahli keluarga,saudara mara, kawan2, perasaan kasih, sayang, percintaan, pendidikan, sosial, ekonomi dan yang paling penting cara kita nak atasi masalah atau cuba mendapatkan kembali ape yg telah kita kehilangan. dan kehilangan saya yang paling berharga dan tiada ganti ialah pemergian nenda tercinta ke rahmatullah......

Pernah Rasa menyesal x bila dah buat sesuatu keputusan? mst pernah kalo tersilap pilih kan? kadang2, keputusan kita yang dahulu membawa kita kepada apa yang ada pada sekarang ini.. siapakah kita pada hari ini? hartawan? bussinessman? pakar2 ekonomi? perunding sosial? namun hakikatnya keputusan yang saya pilih, membawa kepada saya yang sekarang, seorang pelajar yang menuntut di IPG Sultan Mizan, bakal menjadi guru untuk mendidik anak bangsa menjadi  hartawan, bussinessman, pakar2 ekonomi, perunding sosial dan lain2 lagi. guru membentuk insan, iaitu manusia, bukan robot yang boleh dikawal dengan remote control, ataupun ape saje yg xde perasaan, tp nak bentuk orang, tugas yang sgt3 sukar. KERANA manusia ada perasaan, beremosi tinggi, bersifat dan kita tahu tentang kita, kelebihan dan kekurangan, fiil dan perangai, kerenah dan tabiat kerana kita lah manusia yang pernah dididik oleh guru kita, kemudian diri kita ini pula akan mendidik orang lain untuk membentuk  mereka.

Amnya, pendidikan terbahagi dua iaitu secara teori dan praktikal. pendidikan lebih terbentuk di sekeliling kita, bukan di dalam buku, mengenai apa yang kita baca itu hanyalah panduan sahaja. teori semata-mata, pengetahuan maya, namun, praktikal itu lah yang lebih penting, ia mengajar kita mengenai dunia. pengalaman. entah ape yang saya fikirkan...

Bila saya tulis entry ni, teringat lak kat poem ni, yg pernah kita belajar dlu "The Road Not Taken by Robert Frost". bkn ape, kdg kala, sebagai manusia biasa, mst kita juga pernah menyesal dengan keputusan yang telah kita lakukan, yang penting kita berserah kepada Allah, kerana Allah maha perancang sesuatu. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Oleh itu, sebagai seorang hamba, wajib kita berdoa, merendah diri dan memohon yang terbaik untuk diri kita, ibu bapa, keluarga dan orang mukmin yang lain.  Jadilah seorang yang berani dalam membuat keputusan, tiada betul atau salah. Dan tidak ada salah atau cuba dalam membentuk tindakan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Right Now, Take A Move, Make A Step or You’ll Regret It.  kat bawah ni, sajak yang pernah kita pelajari dahulu...yang menceritakan perihal "keputusan..."
     
 The Road Not Taken
 Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference
.

choose the right path.....

Saturday, November 27, 2010

Maher Zain

Kita selalu dengar lagu maher zain kan, tapi kadang-kadang x pernah pun cuba menghayati dan memahami apa yang cuba disampaikan melalui liriknya.. 

      AWAKEN

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Wednesday, November 24, 2010

Hasan Al-Basri

   Pada suatu hari, terjadi suatu peristiwa yang sangat memberi kesan kepada diri Hasan Al-Basri. Di tepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berduaan dengan seorang wanita. Di samping mereka terletak sebotol arak. Hassan berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!"

   Tiba-tiba beliau melihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan. Ia berhasil menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu itu, kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata,"Jika engkau memang lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja,sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang." Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang itu.

   Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan". Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata,"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan kesombongan." Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan." Semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.

Antara pengajaran dari kisah ini adalah:

i)  Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah,jangan kita menghina orang itu (dan jangan pula kita redha dgn perbuatannya) serta cuba mencari keaibannya, kerana mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya itu sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu ini masih juga melakukan perkara yang dilarang Allah.

ii)  2 perkara yg patut kita ingat tentang diri kita ialah: perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. 2 perkara yg patut kita lupakan ialah: kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita.

“Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

As-Sajdah ayat 15-16.

Friday, November 19, 2010

Masa, Masa, Masa Cuti

Terlalu banyak yang ingin diluahkan..segalanya bermula pada hari selasa pukul 1.15 petang, 16 nov 2010 (hari start cuti). sekarang dah 3 hari dah cuti, rasa mcm dah sminggu ade kat umah. terasa rindu lak suasana kat maktab. bukan ape, kat umah setiap hari mst ade event br.

hari smpai bustand KT dah kne g klinik dah, sbb batuk (pdn muka, lps ni telan lagi ubat gigi tu), hari kedua, kemas barang kat umah Cu, sbb sdg mengalami proses perpindahan, rase mcm tiap2 masa bpindah, kat maktab, tiap2 kali cuti sem, mst kena kmas bilik (sbb duk tingkat bwh sgt kan), skrg ni, kmas2 brg dah jd mcm rutin lak, penat mmg xdapat nak berkira...aiseyy.. malam lak, kne g umah saudara sebelah ma, dia wat kenduri doa selamat, sbb naik umah br, bc yaasiin n doa2, mkn2. skrg kan raya aidil adha, tgh cbuk2 pun, smpat lg tuan rumah masakkan untuk tetamu2 yang datang ke rumah, mmg lah penat, tp merupakan satu kepuasan baginya bila dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri, lg pun, Kak Ton mmg seorg yg mmg terer dlm bab masakan.


puding jeli..cdap sgt2..


nasi kunyit


hari ini hari ketiga, awal2 pg lagi dah bciap sbb nak g umah saudara, pgi amik baju n tgk baby baru ;) tahniah abg mat...sblm tu, farah singgah la kjap kat kdai bahulu ni, bahulu dia mmg cdap, rahsianya, dia msk scara tradisional... dah jarang orang nk msk bahulu guna kaedah ni, yelah, sbb nak cpat, lgi pun org muda dah x bminat dah nk blaja wat kuih2 tradisional ni.. tp kalo ade peluang tu, blaja lah dgn org tua2..xrugi :)








maka, terhasillah kuih bahulu dan akok yg sgt cdap di Marang, Terengganu

 begitulah ceritanya...yang kat bawah ni selingan je~ hehe

permandangan kg. Ladang pd waktu mlm



Dan kucing ksygn saya, Hitam yg sgt suka tdo dgn gaya cacat...hehehe

:)

Sunday, November 14, 2010

Satu Titik

Satu permulaan dalam cuba mentarbiah diri... wahai diri, nasihatlah kepada dirimu agar sentiasa berada dalam jalan-Nya, agar kamu tidak leka dengan kehidupan dunia.. Di sini, segalanya mengenai yang kusayangi.......