Monday, January 31, 2011

Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Doa bagi mengelakkan tipudaya syaitan...
 Kita mestilah mengamalkan ayat2 suci Al-Quran teutamanya Ayat Kursi


seterusnya sudah semestinya surah2 rukyah ini.


dan semuanya mestilah bermula dengan; Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi S.A. W



 Ya Allah Ya Tuhanku, lindungillah kami dari syaitan dan hawa nafsu agar kami terselamat dari tipudayanya.

moga kita sentiasa dibawah rahmatNya..Amin..



sumber gambar: Google Images

Friday, January 28, 2011

what did i think....

ape yg saya fikirkan..


dalam hidup ini, banyak yg memerlukan perkataan SABAR..

hari2 kna sabar, saya sabar, tp bererti saya sedang marah, tetapi bermaksud sabar dalam menunggu, sabar dalam menanti, sabar dalam membuat keputusan, sabar dalam meletakkan titik untuk disambungkan bagi membentuk garisan, lalu garisan itu disambung pula dan membentuk jalan, jalan itu pula sama ada ke kiri kah, atau ke kanan kah, atau pun jalan yg lurus.... Lurus....  {اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ {6

sekarang saya dah masuk semester 3 PISMP, dah lame dah blaja kat maktab, n dah lame dah hdup di atas muka bumi.. insafnyaa.. T_T"

tinggal 2 tahun setengah je lg, pastu saya pun akan ikut jejak langkah abg2 n kakak2 senior, keluar dari IPG dan laksanakan tanggungjawab menjadi seorang guru, mengajar, mendidik dan membentuk INSAN, yg mana, tggungjawab ini lebih penting dari mendapatkan gaji bulanan, same mcm blaja skrg, dalam konteks sekarang, menuntut ilmu lbh penting dari elaun.. ilmu Allah ade byk sgt atas dunia ni, x terkira, yg kte blaja hari2 tu, ilmu dunia je, ade lg ilmu yg lebih penting dari tu.

*************

sambung balik, pas blaja, keja, pastu kawin, pastu ade anak, anak akan dapat anak, pastu dpat cucu, cucu akn dapat anak, jd akan ade anak, cucu, cicit dan seterusnya.. sambil masa berjalan dr kte kecik smpai tua, mampu x kita jadikan pjalanan masa yg kita rancangkan itu, ikut ape yg kte pkirkan? kalo kita mati mcmn? xkan sempat nak mengecapi apa yg kita rancangkan..

hidup lah dengan sempurna...

segala amalan yg kita lakukan pada masa muda skrg ni, diterima x?

nanti bila kte dah mati, tggalkan segalanya di dunia, Harta, Kuasa, Keluarga, Pekerjaan, Orang2 sekeliling..
jadi, selagi hidup ni, buatlah suruhan Allah, buatlah Amar makruf nahi mungkar.

farah najia, tlg lah buat baik byk2 ms tuhan bagi nikmat hidup dan segalanya ni...

nasihat dan sabar..


وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم المور

"Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." (QS. Luqman: 17)

jadi, ape yg berlaku sekarang, hendaklah saya sabar..

teringat lak kat hadith ni.. Tuhan timpakan dugaan kpd kita sbb Tuhan tahu kita mampu hadapi cubaannya..
oleh itu, ucapkan Alhamdulillah ketika dalam Dugaan Allah :)

motif xlah jelas sgt, tp saya th ape yg saya mksudkan..

Thursday, January 27, 2011

sayaaa...sayaa...salahkah saya .........??

rase mcm dah lame x buka blog..tp br je pun lg..hee~

tp tujuan entry kali ini adalah untuk memberitahu bahawa saya...


sayaa....


sayaaa mengantukkkkkk..


tdo dlu, bye.

 hahahehehuhu.. xde motif pun..
nak bercerita n bcakap pasal sesuatu, tp malas nak taip, mcm biasa la..hehe ;p

slmt mlm, slmt bcuti n slmat pulang n kmbali ke mktb dgn slamat :)


hehe, kiut kan gmbar ni, sj je.. assalamualaikum.....

sumber: google image

Sunday, January 16, 2011

right now.....

farah najia is


she need to be


so that, she can be strong and healthy and happy and ..... and ...... and ..... again :)



heee~~ gmbar ni sj je..kiut ;)




Sumber Gambar: Google


Friday, January 14, 2011

Hadith: Amalan Mukmin Cemerlang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
عَنْ أبِيْ مَالِكٍ الحْاَِرثِ بْنِ عَاصِمِ الأَشْعَرِي رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صلي الله عليه وسلم:الطُّهُوْرُ شَطْرُ الاءِيمْاَنِ, وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ اْلمِيْزَانَ, وَسُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ لله تَمْلآنِ أوتَمْلأُ مَا بَيْنَ الْسَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْءَانُ حُجَّةٌ لَكَ أوْ عَلَيْكْ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُوْ فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا.


Daripada Abu Malik al-Harith bin ‘Asim al-Asyari katanya; Rasulullah bersabda: “Bersuci itu sebahagian daripada iman, al-Hamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan al-Hamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujjah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya”.

Ayat hadis
Terjemahan
الطُّهُوْرُ شَطْرُ الاءِيمْاَنِ, وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلأُ اْلمِيْزَانَ
Bersuci itu sebahagian daripada iman, al-Hamdulillah memenuhi timbangan,
وَسُبْحَانَ الله وَالحَمْدُ لله تَمْلآنِ أوتَمْلأُ مَا بَيْنَ الْسَّمَاءِ وَالأَرْضِ
Subhanallah dan al-Hamdulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi
وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ
solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran,
وَالْقُرْءَانُ حُجَّةٌ لَكَ أوْ عَلَيْكْ
al-Quran itu hujjah untuk engkau atau terhadap engkau
كُلُّ النَّاسِ يَغْدُوْ فَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا.
semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya”.
 
Kelebihan amalan Mukmin Cemerlang

KELEBIHAN
AMALAN
-Mensucikan hati mukmin daripada dosa
-Membersihkan anggota zahir daripada najis dan kotoran
-Dapat mengawal perasaan marah
-Anggota wudu’ akan bercahaya pd hari Qiamat
-Orang yg berwudu’ akan diangkat darjatnya
Wudu’

-Mendapat pahala yg memberatkan timbangan al-Mizan
-Menguatkan ingatan
Tahmid

-Melatih mukmin supaya bersyukur
-Pemikiran menjadi bersih dari faham kolot dan karut
-Mendapat ketenangan hati dan ketenteraman jiwa
-Mendapat ganjaran pahala yg memenuhi antara langit dan bumi
-Membersihkan diri daripada syirik
-Menyamakan amalan Malaikat dan seluruh makhluk lain yg sentiasa bertasbih.
Tasbih

-Kesan pergerakan solat yang sempurna akan mendapat kesihatan fisikal
-Hatinya bersih dan suci daripada sifat-sifat keji
-Mukanya berseri-seri
-Orang yang menunaikan solat sunat pd waktu malam akan diterangi kuburnya.
-Mendapat cahaya di dunia dan di akhirat
Tasbih

-Mendapat penghormatan dan kasih sayang masyarakat terutama daripada fakir miskin
-Mendapat kesihatan yang baik dan disembunyikan drp penyakit
-Mendapat naungan ‘arasy Allah pd hari akhirat
-Sedekah menggugurkan dosa dan menjadi bukti keimanan seseorang kepada Allah swt.
Sedekah

-Mendapat keampunan dan rahmat Allah
-Sentiasa mendapat petunjuk ke arah kebaikan
-Diperkenankan doanya oleh Allah
-Menjadi sumber kekuatan  dan kemenangan mukmin seiring dgn doa
-Dapat menyelesaikan sebarang masalah
-Menjadi motivasi ke arah kecemerlangan hidup
Sabar

-Penawar dan rahmat terhadap kehidupan manusia
-Petunjuk dan pembeza antaar kebenaran dan kebatilan
-Memberi ketenangan kepada pembaca dan pendengarnya
-Mendapat syafaat jika beramal dgnnya
-Pengkaji al-Quran tak akan jemu menimba ilmu darinya
-Al-Quran jadi panduan hidup yg sempurna dan kekal abadi
Al-Quran



 

How Do I Live Without You






yg ni sj je..cendol pulut...cedaaaaappp :D

Ade ke patut tujukan video ni kt kucing, bknnya beliau tahu pun..tp biar laaa..nk bg gak..
utk kucing2 sy tg tersayang..sgt syg kat hitam dan tammy...
comey3....cyg3 kucing :D

Tuesday, January 11, 2011

Cerita Seorang Wali Majzub- Cerita Orang Soleh

Diceritakan dari sesetengah orang-orang soleh, bahawanya dia berkata:
Ketika saya menjadi majzub (orang yang tidak menghiraukan dunia), semasa khalwat, dan saya berjanji kepada Tuhanku tidak akan merasakan makanan selama 40 hari.
Apabila saya berada di dalam khalwat itu selama  20 hari, saya sudah tidak tertahan lapar, dan keadaanku sudah tidak keruan lagi. Maka saya pun keluar dari khalwatku, dan saya terus tidak sedarkan diri hinggalah saya sampai di pasar.
Ketika saya dalam keadaan begitu, berlalu dihadapanku seorang fakir, lalu dia memohon kepada Allah satu paun roti, satu paun daging bakar dan satu paun manisan. Saya merasa hairan terhadap si fakir ini, dia berlalu dihadapanku, dan dia tidak bertanya sapa kepadaku. Maka aku berkata di dalam hatiku:
“Si fakir ganjil ini, betapa dia mencita-citakan makanan yang sedap-sedap ini?! Aku hendak sepotong roti keras, aku tak dapat?!
Sebentar lagi, saya lihat dia datang kepadaku, dan ditangannya ada semua yang diminta kepda Allah tadi, lalu dia pun memberikannya kepadaku, seraya berkata:
“Hai manusia! Tahukah siapa orang yang  ganjil itu? Biarlah aku yang beritahu kau, iaitu: Orang yang ganjil itu ialah orang keluar dari khalwatnya kerana mengingini syahwat dunia, dia lalu membatalkan janjinya dengan Tuhan kerana hendakkan benda-benda yang baik dan mahal-mahal”
Kemudian dia mengingatkanku lagi: Orang yang hendak menggulung empat puluh hari itu hendaklah dia menggulungnya sedikit demi sedikit. Lain kali jangan buat lagi”.
Si fakir itu lalu pergi dari situ, dan sesudah itu saya tidak pernah melihatnya lagi.

Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Saturday, January 1, 2011