Tuesday, September 8, 2015

time pass by....

08 september 2015.

byk sgt peristiwa yg berlaku..

dan byk sngt pkara yg nak dikejar.

dan sikit sgt masa yg tinggal.

at the end of the day.....i'm waiting for cuti hujung tahun.

sekian, time kasih.



farahnajia
sk tok muda
hari first upsr
nur sofea amani 6m2w
husband at sk pulau indah
work at school and lastly i went crazy

kbai

Friday, June 19, 2015

NUR SOFEA AMANI

Byk yg nak diceritakan.

alhamdulillah, baby nur sofea amani telah dilahirkan pd 25 feb 2015.

syukur..

Wednesday, April 10, 2013

Abu Laits As-Samarqandi


Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang mashyur. Antara karyanya yang sangat terkenal hingga kini adalah kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi orang-orang yang lalai).
Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima “petunjuk” dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka beliau salah seorang yang menerima petunjuk melalui mimpi itu, pada suatu malam beliau bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat demikian:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
2. Engkau sembunyikan.
3. Engkau terimalah.
4. Jangan engkau putuskan harapan.
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, beliau itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Beliau kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka beliau itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka beliau pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka beliau berkata itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari olehnya, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Hamba Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri beliau itu sambil berkata, "Wahai Hamba Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Maka beliau itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, beliau meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah beliau ke rumahnya. Pada malam itu, beliau pun berdoa.
Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawasanya:-
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-gata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

dipetik daripadamengukirtujuhcahaya.blogspot

Friday, January 11, 2013

sem 7 jan 2013

sekarang ni, dah nak masuk minggu ketiga tahun baru....

farah najia pun dah masuk sem 7 bersama rakan2 family pengajian sosial 2..
semester yg sangat sibuk buat family kami sbb ada A.R. semua org akan rasa menda ni bl dah masuk sem 7 nnti, tp apa yg jd bz nya, bl sem ni ada seminar antarabangsa, jd semua nk kna buat dgn cepat T.T

semua still blur dgn A.R@kajian tindakan ni...apa tu, sejenis makanan?ataupun sejenis haiwan cute mcm cj 7? T___T
hmm..pensyarah penyelia pun dah tau, bekas KJ KS ;), hrp2 sem ni akan berjalan lancar buat kami..aamin, moga Allah permudahkan segalanya :D

haaaa, smggu je lg, utk blaja kat ipg ni sblum g ke sekolah.. i dpt sek kat area Jabi #eh....nama SK Tempinis..ms fasa 2 aritu slalu dgr lec sebut sek ni, i & partner ingt, sek ni kat sabah sarawak, upanya kat cni je T.T last2 skali, kami dpt sek ni..utk 3 bln. berulang dr hostel ke sekolah. jauh. bertolak awal. kos pjalanan. bbm lg. xduk umah sewa. dll~ wuwuwu

bunyik cam sebokkk je kan sem ni (mmg pun!) jadi, bg sapa2 yg nak dipermudahkn urusan, diringankan beban blh la bc doa2 ni.
 1. rabbi yassir wala tu'assir, .............
2. surah taha: 25-28, qola rabbishrahli sadri, wayassirli amri, ..........
3. ataupun, baca Al-fatihah pun bole :D

____________________________________________________
pdhal tgh taip esemen ni, dan2 lg update blog, lajuuuuu jek, kalo lah esemen bmbingan n kaunseling ini selaju n semudah ini...sob3...
tp xpe, hidup diteruskan!! :DD
chaiyyokkkk!!

Friday, November 30, 2012

masa depan

mula berfikir masak2 tentang hidup ini........................................................

Thursday, August 9, 2012

Mencari Al-Lail

alhamdulillah, skrg dah masuk 10 malam terakhir..
moga makin bertambahlah amalan, n diberikan lailatul Qadar utk kita semua..
moga, kita termasuk dalam golongan terpilih untuk mndapat al-lail ini.

insyaallah..

ku hrp,dgn bln penuh barokah ini, ku terus tabah dalam menghadapi segala dugaan yg mendatang.
moga semuanya akn pulih pada ms akan datang.

ku harus tabah TT_TT

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu separuh daripada iman.
Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah,
kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Solat itu adalah cahaya.
Sedekah itu adalah bukti.
Sabar itu adalah sinaran.
Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.
Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya;
ada yang memerdekakan dirinya
dan ada pula yang mencelakakan dirinya.


Saturday, April 14, 2012

Iblis Laknatullah Menemui Ajal

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, "Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suarayang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda", maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: "Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".



dipetik daripada:  http://abumusa2.blogspot.com/

Sunday, March 4, 2012

hmmm?!

xdapat nak menulis n meluahkan apa yang berada di sekeliling memandangkan diri ini sangat sibuk......
esaimen n esaimen n praktikum yg bermula hari pertama slepas cuti disertai dengan esaimen lagi, n olahraga n exam yg agak mencabar minda pada semester ini..

n nak bercakap tentang luka. kata orang luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. bagi pendapat saya yg tgh krg sihat skrg ni, luka yang nampak ini lagi sakit dari luka di hati. sebabnya mmg dah luka berdarah ke, xberdarah ke, tp dh nama luka, mesti lah sakit,kan. yg dalam hati tu mana nk nampak n bkn luka btl2, perumpamaan je.. T__T

oh! kepenatan melanda. penat fizikal masih lagi dapat bertahan. TETAPI, penat mental, penatlah segalanya. tenaga diperlukan utk menjana karen otak ini, encik TNB, tolong lah saya bg eletrik karen kt otak bg menyiapkan esaimen ini.

skrg dah azan zohor, ingin meminta Allah memudahkan segala urusanku dan juga rakan-rakan bagi menempuh kehidupan yang masih berlalu ini..

salam.....

Monday, December 5, 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


- Artikel iluvislam.com


berbanggalah jika anda ada ciri-ciri seperti yang di atas.
saya gembira saya sudah matang..apapunn....chiayyok2!!

Thursday, November 10, 2011

Tentang Pertapa Dan Khalwat

Maksud khalwat pada golongan tarekat ialah belajar menetapkan hati, melatih jiwa dan hati itu berkekalan dalam ingat kepada Allah dan demikian tetap berpanjangan memperhambakan diri kepada Allah.

Bagaimana cara berkhalwat itu, hal ini bergantung kepada macam terekat dan ajarannya. Jika kita ambil tarekat yang terbesar dan dekat kepada Ahli Sunnah seperti tarekat Naksyabandiyah.

1.    Dilakukan dengan I’tikaf, berhenti dalam masjid selama khalwat itu. Sesaat beri’tikaf di dalam masjid bukan sedikit pahalanya apa lagi berpuluh-puluh hari.

2.   Selama dalam khalwat itu, sentiasa berwudhu’. Tiap batal wudhu’ mereka perbaharui kembali, lalu sembahyang taubat 2 rakaat, kerana meninggalkan khalwat itu dianggap telah berbuat dosa.

3.  Mengerjakan zikir-zikir yang telah ditentukan oleh tarekat masing-masing. Dalam tarekat ini zikir ini dibagi atas zikir. Darajat dan zikir Hasanat. (terdapat bermacam lagi nama zikir)

4.   Hendaklah dalam khalwat itu berpisah hati dan badannya daripada segala manusia.

5.    Solat berjemaah.

6.    Selama dalam khalwat mengurangi makan, minum, tidur dan berkata-kata. Yang terutama dikurangi perkataan lidah dan perkataan hati. Hati hanya berkata-kata menyebut zikir Allah.

7.    Dalam khalwat memakai pakaian putih, baju putih, kain sarung putih, tutup kepala putih kerana pakaian putih bagi mereka pakaian suci, tiap ada najis, jelas kelihatan. Dengan demikian, tidak saja diperoleh kesucian batin tetapi juga lahir.

8.   Mengurangi makan daging, kerana sifat daging membuat manusia menjadi buas.

9.    Selama berkhalwat meninggalkan pekerjaan jual beli dan segala pekerjaan2 duniawi yang lain yang dapat melalaikan hati berhadapan kepada Allah.

10.Sedapat mungkin khalwat itu memakai kelambu, tidak saja dapat mencegah nyamuk, lalat dan sebagainya yang mengganggu fikiran dalam zikir, tetapi juga ahli tarekat memandangnya seakan-akan berada dalam lubang kubur ataupun liang lahat.

11.  Selalu berhadap muka dan dadanya ke arah kiblat. Arah jasmaninya iaitu dada dan muka ialah: Baitullah, arah hati ialah Allah.

12. Dalam khlawat itu belajar sabar dan qana’ah.

Segala amal ibadat dan zikir2 yang dilakukan dalam khalwat oleh ahli tarekat dianggap sebagai wasilah, hubungan jalan sedang yangmenjadi tujuannya ialah berkekalan perhambaan lahir dan batin serta berkekalan hadir hati terhadap Allah.
Drpd:
 Prof Dr Hj Aboebakar Atjeh, Tarekat Dalam Tasawwuf
******************************************************
Yakin atau tidak kita boleh melakukannya?
Sukarkah menghambakan diri kepada Allah?
Bukankan kita ini hambaNya?

Saya ada terjumpa kata-kata ini di mana saya tidak berapa pasti di mana saya mendapatnya,
Bismillahirrahmanirrahim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Ku minta tinggalkan insanku
Ku minta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kudrat sayyidina ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah.....
Pernah dengar? Mengapa gunakan ayat tersebut, apa tujuannya? Anda fahamkah?

Terdapat banyak tarekat tasawwuf ini, tetapi saya masih lagi ingin mengetahui mengenai asal usul Al-Haddad…