Showing posts with label Kisah Para Auliya'. Show all posts
Showing posts with label Kisah Para Auliya'. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Abu Laits As-Samarqandi


Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang mashyur. Antara karyanya yang sangat terkenal hingga kini adalah kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi orang-orang yang lalai).
Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima “petunjuk” dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka beliau salah seorang yang menerima petunjuk melalui mimpi itu, pada suatu malam beliau bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.

Engkau dikehendaki berbuat demikian:-
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
2. Engkau sembunyikan.
3. Engkau terimalah.
4. Jangan engkau putuskan harapan.
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, beliau itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.

Beliau kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka beliau itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka beliau pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka beliau berkata itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari olehnya, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Hamba Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri beliau itu sambil berkata, "Wahai Hamba Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Maka beliau itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, beliau meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah beliau ke rumahnya. Pada malam itu, beliau pun berdoa.
Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawasanya:-
1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-gata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

dipetik daripada: mengukirtujuhcahaya.blogspot

Saturday, April 14, 2012

Iblis Laknatullah Menemui Ajal

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka'bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, "Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: "Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat".

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: "Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka'abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: "Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suarayang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.

Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: "Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka".

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: "Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!"

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: "keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan". Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: "Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"

Malaikat Izrail pun menjawab: "Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda", maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: "Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".



dipetik daripada:  http://abumusa2.blogspot.com/

Thursday, November 10, 2011

Tentang Pertapa Dan Khalwat

Maksud khalwat pada golongan tarekat ialah belajar menetapkan hati, melatih jiwa dan hati itu berkekalan dalam ingat kepada Allah dan demikian tetap berpanjangan memperhambakan diri kepada Allah.

Bagaimana cara berkhalwat itu, hal ini bergantung kepada macam terekat dan ajarannya. Jika kita ambil tarekat yang terbesar dan dekat kepada Ahli Sunnah seperti tarekat Naksyabandiyah.

1.    Dilakukan dengan I’tikaf, berhenti dalam masjid selama khalwat itu. Sesaat beri’tikaf di dalam masjid bukan sedikit pahalanya apa lagi berpuluh-puluh hari.

2.   Selama dalam khalwat itu, sentiasa berwudhu’. Tiap batal wudhu’ mereka perbaharui kembali, lalu sembahyang taubat 2 rakaat, kerana meninggalkan khalwat itu dianggap telah berbuat dosa.

3.  Mengerjakan zikir-zikir yang telah ditentukan oleh tarekat masing-masing. Dalam tarekat ini zikir ini dibagi atas zikir. Darajat dan zikir Hasanat. (terdapat bermacam lagi nama zikir)

4.   Hendaklah dalam khalwat itu berpisah hati dan badannya daripada segala manusia.

5.    Solat berjemaah.

6.    Selama dalam khalwat mengurangi makan, minum, tidur dan berkata-kata. Yang terutama dikurangi perkataan lidah dan perkataan hati. Hati hanya berkata-kata menyebut zikir Allah.

7.    Dalam khalwat memakai pakaian putih, baju putih, kain sarung putih, tutup kepala putih kerana pakaian putih bagi mereka pakaian suci, tiap ada najis, jelas kelihatan. Dengan demikian, tidak saja diperoleh kesucian batin tetapi juga lahir.

8.   Mengurangi makan daging, kerana sifat daging membuat manusia menjadi buas.

9.    Selama berkhalwat meninggalkan pekerjaan jual beli dan segala pekerjaan2 duniawi yang lain yang dapat melalaikan hati berhadapan kepada Allah.

10.Sedapat mungkin khalwat itu memakai kelambu, tidak saja dapat mencegah nyamuk, lalat dan sebagainya yang mengganggu fikiran dalam zikir, tetapi juga ahli tarekat memandangnya seakan-akan berada dalam lubang kubur ataupun liang lahat.

11.  Selalu berhadap muka dan dadanya ke arah kiblat. Arah jasmaninya iaitu dada dan muka ialah: Baitullah, arah hati ialah Allah.

12. Dalam khlawat itu belajar sabar dan qana’ah.

Segala amal ibadat dan zikir2 yang dilakukan dalam khalwat oleh ahli tarekat dianggap sebagai wasilah, hubungan jalan sedang yangmenjadi tujuannya ialah berkekalan perhambaan lahir dan batin serta berkekalan hadir hati terhadap Allah.
Drpd:
 Prof Dr Hj Aboebakar Atjeh, Tarekat Dalam Tasawwuf
******************************************************
Yakin atau tidak kita boleh melakukannya?
Sukarkah menghambakan diri kepada Allah?
Bukankan kita ini hambaNya?

Saya ada terjumpa kata-kata ini di mana saya tidak berapa pasti di mana saya mendapatnya,
Bismillahirrahmanirrahim
Hai besi bangunlah engkau si raja besi
Yang bernama si ganda bisa
Engkau duduk di kepala jantungku
Bersandar di tiang arasy
Ku minta tinggalkan insanku
Ku minta rendah insan sekalian
Berkat aku memakai wujud kudrat sayyidina ali
Bujur lalu melintang patah
Lalu juga kehendak Allah
Berkat lailaha illallah
Muhammadarrasulullah.....
Pernah dengar? Mengapa gunakan ayat tersebut, apa tujuannya? Anda fahamkah?

Terdapat banyak tarekat tasawwuf ini, tetapi saya masih lagi ingin mengetahui mengenai asal usul Al-Haddad… 

Monday, August 29, 2011

Buku Paling Saya Sayangi....

Taknak taip banyak, tp sekadar berkongsi bacaan..

jika ingin tambahkan ilmu tasawwuf, perasaan cinta dan takutkan Allah, buku ini sangat sesuai untuk memuhasabah diri (trutama diri sy sndiri)dr kecik,smpai besar duk ulang2 bc buku ni.. sgt memberi kesan kpd diri ini, bkn senang nk blaja tasawwuf apabila guru sebenar bg sy telah meninggal dunia 2 tahun sebelum sy dilahirkan.. jd, slagi blh tuntut ilmu tu, blajarlah..


Tuesday, June 7, 2011

Tafsir Sufi dan Fadhilat 99 Asma' Ul Husna karangan Imam Al Qusyairi

Buku karangan Imam Al Qusyairi ini cuba dihabiskan dalam masa cuti ini...

Sekurang-kurangnya, saya mendapat sesuatu yang bermakna ketika cuti semester ini..

Moga Allah meredhaiku...

Friday, April 22, 2011

bl nk brubah.......

"Kamu tidak akan dapat masuk ke dalam golongan aulia Allah s.w.t. jika sekiranya kamu tidak sanggup menukar kesedapan tidurmu dengan berjaga malam, kekayaan dengan kemiskinan, kemualiaan dengan kehinaan, usaha dengan pemberian"

Ibrahim Adham...

Monday, January 31, 2011

Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Doa bagi mengelakkan tipudaya syaitan...
 Kita mestilah mengamalkan ayat2 suci Al-Quran teutamanya Ayat Kursi


seterusnya sudah semestinya surah2 rukyah ini.


dan semuanya mestilah bermula dengan; Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi S.A. W



 Ya Allah Ya Tuhanku, lindungillah kami dari syaitan dan hawa nafsu agar kami terselamat dari tipudayanya.

moga kita sentiasa dibawah rahmatNya..Amin..



sumber gambar: Google Images

Tuesday, January 11, 2011

Cerita Seorang Wali Majzub- Cerita Orang Soleh

Diceritakan dari sesetengah orang-orang soleh, bahawanya dia berkata:
Ketika saya menjadi majzub (orang yang tidak menghiraukan dunia), semasa khalwat, dan saya berjanji kepada Tuhanku tidak akan merasakan makanan selama 40 hari.
Apabila saya berada di dalam khalwat itu selama  20 hari, saya sudah tidak tertahan lapar, dan keadaanku sudah tidak keruan lagi. Maka saya pun keluar dari khalwatku, dan saya terus tidak sedarkan diri hinggalah saya sampai di pasar.
Ketika saya dalam keadaan begitu, berlalu dihadapanku seorang fakir, lalu dia memohon kepada Allah satu paun roti, satu paun daging bakar dan satu paun manisan. Saya merasa hairan terhadap si fakir ini, dia berlalu dihadapanku, dan dia tidak bertanya sapa kepadaku. Maka aku berkata di dalam hatiku:
“Si fakir ganjil ini, betapa dia mencita-citakan makanan yang sedap-sedap ini?! Aku hendak sepotong roti keras, aku tak dapat?!
Sebentar lagi, saya lihat dia datang kepadaku, dan ditangannya ada semua yang diminta kepda Allah tadi, lalu dia pun memberikannya kepadaku, seraya berkata:
“Hai manusia! Tahukah siapa orang yang  ganjil itu? Biarlah aku yang beritahu kau, iaitu: Orang yang ganjil itu ialah orang keluar dari khalwatnya kerana mengingini syahwat dunia, dia lalu membatalkan janjinya dengan Tuhan kerana hendakkan benda-benda yang baik dan mahal-mahal”
Kemudian dia mengingatkanku lagi: Orang yang hendak menggulung empat puluh hari itu hendaklah dia menggulungnya sedikit demi sedikit. Lain kali jangan buat lagi”.
Si fakir itu lalu pergi dari situ, dan sesudah itu saya tidak pernah melihatnya lagi.

Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Wednesday, December 22, 2010

Khalifah Harun Ar-Rashid Dengan Si Bohlul Gila dan Sa'dun Gila - Abdullah Bin Mahran

Diceritakan daripada Abdullah Bin Mahran r.a.katanya:
Pada salah satu musim haji, Khalifah Harun Ar-Rasyid berangkat dari Baghdad untuk naik haji. Apabila tiba di Kufah, dia berhenti untuk berehat beberapa hari di sana. Sesudah itu, dia berangkat lagi untuk menuju ke Mekah.
Orang ramai keluar di jalan-jalan raya untuk memberikan ‘selamat jalan’ kepada khalifahnya. Diantara yang turut keluar juga ialah Si Bohlul Gila yang bermaksud untuk mengingatkan sesuatu kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu.
Si Bohlul Gila mahu menarik perhatian rombongan khalifah itu kepada dirinya supaya ia dapat menahan rombongan itu walaupun sebentar sahaja. Maka dia telah memilih tempat pembuangan sampah  sebagai tempat hadangannya terhadap rombongan khalifah itu.
Apabila Si Bohlul Gila itu duduk di tempat pembuangan sampah itu, datang kanak-kanak nakal menngerumuninya dan mengusiknya sambil mentertawakannya. Keadaan di sekitar tempat pembuangan sampah itu menjadi bising, riuh rendah dengan suara kanak-kanak dan tertawaannya.
Apabila tiba sahaja sekedup rombongan khalifah di situ, kanak-kanak itu pun lari bertempiaran. Khalifah Harun Ar-Rasyid yang berada di situ pun hairan mendengar bising suara kanak-kanak yang lari bertempiaran itu. Dia lalu menjenguk ke luar sekedup itu, dan dilihatnya Si Bohlul Gila sedang berada di tengah-tengah sampah dan kotoran di situ. Begitu dia lihat Khalifah Harun Ar-Rasyid, dia pun berteriak sekuat suaranya:
“Wahai Amirul Mu’minin!”
“Beta, hai Bohlul! Apa maksudmu duduk di tempat kotor ini?!” Tanya Khalifah Harun Ar-Rasyid.
“Hai Amirul mu’minin! Cuba dengarkan apa yang akan hamba katakan ini: Telah meriwayat kepada kami Aiman Bin Na’il, daripada Qudamah bin Abdullah Al-Amiri, bahawasanya dia telah berkata: Saya telah melihat Nabi s.a.w di Mina menunggang seekor unta dan di sampingnya seorang laki-laki yang kotor pakaiannya, malah baginda tiada menghalangnya dan tiada memukulnya. Sebenarnya baginda sentiasa merendah diri ketika dalam pelayarannya! Maka hamba nasihatkan tuanku supaya merendah diri ketika tuanku dalam pelayaranmu ini. Ingatlah bahawasanya merendah diri itu adalah lebih baik bagimu daripada mengangkat diri dan bersombong diri!
Mendengar nasihat Si Bohlul Gila itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid lalu menangis sehingga membasahi kedua belah pipinya.
“Tambahilah beta dari nasihat-nasihatmu yang baik, wahai Bohlul!” pinta Khalifah Harun Ar-Rasyid lagi.
Si Bohlul Gila lalu merangkaikan syair ini untuknya:
            Katakanlah tuanku memiliki bumi seluruhnya,
            Semua rakyat menundukkan kepala tiada kecualinya
            Tapi tidakkah perut kubur menjadi tempat tinggal akhirnya?!
Orang yang menundukkan kepala sendiri yang akan menimbus tanah ke atasnya!

Khalifah Harun Ar-Rashid terus menangis lagi. Kemudian dia berkata lagi kepada Si Bohlul Gila:
“Terima kasih banyak-banyak atas nasihatmu itu, hai Bohlul”, kata Khalifah Harun Ar-Rasyid.
“Ada lagi yang lain, hai Bohlul?!” pintanya lagi.
“Ada lagi, wahai Amirul Mu’minin!” kata Si Bohlul Gila.
“Seorang laki-laki yang telah diberi Allah kurnia dengan harta kekayaan dan wajah yang cantik, lalu dia membelanjakan hartanya ke jalan Allah, dan dia mensyukuri nikmat kecantikan yang diberikan kepadanya, nescaya Allah akan mencatitkan namanya di dalam diwan (catatan) orang-orang yag baik dan soleh!” Sebenarnya Si Bohlul Gila itu, memaksudkan kata-kata ini kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid sendiri.
“Benar itu …. memang benar apa yang kau katakan itu, wahai Bohlul! Terima kasih banyak-banyak,” sahut Khalifah Harun Ar-Rasyid. “Ini ada sedikit hadiah untukmu, hai Bohlul!”
Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh pengiringnya untuk menyampaikan hadiah itu ke tangan Si Bohlul Gila. Tetapi dia menolaknya sambil berkata:
“Wahai Amirul Mu’minin!” kata Si Bohlul Gila. “ Minta maaf, hamba terpaksa mengembalikan hadiah ini kepada tuannya. Maksud hamba memberi nasihat ini bukan kerana mengharapkan sesuatu balasan daripada tuanku, hanya untuk mengingatkan tunku!” tambah Si Bohlul Gila lagi.
“Tapi, mungkin engkau ada berhutang kepada orang, gunakanlah hadiah ini untuk melunaskannya!” Khalifah Harun Ar-Rasyid memujuknya.
“Wahai Amirul Mu’minin!” balas Si Bohlul Gila lagi. “Hutang tidak boleh diselesaikan dengan hutang (maksudnya hutang budi). Jadi hamba terpaksa mengembalikan hadiah itu juga sebab hutang itu mestilah dibayar dengan hasil titik peluh orang yang berhutang itu sendiri,” tegas si Bohlul lagi.
“Baiklah, si Bohlul! Kalau begitu beritahulah beta, jika engkau ada sesuatu keperluan supaya beta membantumu!” pinta Khalifah Harun Ar-Rasyid semacam meminta-minta kepadanya.
Mendengar ucapan terakhir daripada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu, lalu Si Bohlul Gila mengangkatkan kepalanya kearah langit seraya berujar:
“Wahai Amirul Mu’minin!” kata si Bohlul. “Hamba dan tuanku adalah sama dari hamba-hamba Allah. Mustahil Allah Taala akan mengingati tuanku dan melupakan hamba pula.”
Khalifah Harun Ar-Rasyid menyerah kalah, tidak berani mengeluatkan kata-kata lain kepada Si Bohlul Gila itu. Semua hujahnya telah dipatahkan oleh Si Bohlul Gila itu, dan segala rayuan dan pujukannya ditolak mentah-mentah dengan hujah yang bernas. Dia lalu menutup tabir sekedup itu semula dan memerintahkan rombongan supaya bergerak meninggalkan tempat itu.
Selesai mengerjakan haji itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid bersumpah akan berjalan kaki apabila tiba musim haji pada tahun hadapan.

Pada tahun yang hadapan, Khalifah Harun Ar-Rasyid mahu menunaikan sumpahnya hendak berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun itu. Maka diperintahkan supaya membentangkan tikar sutera berganti-gantian dari Baghdad hingga ke tempat yang ditujui.
Setelah merasa penat dan lelah berjalan kaki itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid berteduh di bawah beberapa pepohonan yang ada di perjalanan itu. Tiba-tiba muncul dari mana pun entahlah Si Sa’dun Gila. Melihat Khalifah Harun Ar-Rasyid berteduh di pohon itu, Si Sa’dun Gila mendapatkannya seraya memberi salam kepadanya. Lalu Sa’dun Gila merangkaikan pula kata-kata ini untuk ditujukan kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid itu:
            Katakanlah dunia ini sering membahagiakanmu
            Tidakkah maut nanti akan menjemputmu?!
            Apa yang hendak dibuat dengan duniamu?
            Secebis tanah ini cukup untuk istirahatmu (yakni sesudah mati)
            Wahai orang yang mengejar dunianya!
            Biarkanlah dunia itu dengan tipudayanya
            Sebagaimana dia menyebabkanmu tertawa
            Dia juga menyebabkanmu menangis juga

Mendengar madah ini, Khalifah Harun Ar-Rasyid menarik suatu nafas panjang, lalu jatuh pengsan tidak sedarkan dirinya lagi. Tiga waktu solat telah berlalu, namun Khalifah Harun Ar-Rasyid masih lagi tidak sedarkan diri.
Apabila dia tersedar dari pengsannya, dia teringat akan Sa’dun Gila itu. Dia meminta agar Sa’dun Gila datang mengadapnya, namun Si Sa’dun telah hilang tidak ada di situ lagi. Ke mana dia pergi, hanya Tuhan saja yang mengetahui.
Demikianlah hidupnya para wali Allah itu. Mereka sentiasa menegur siapa yang mereka temui kerana Allah, tidak merasa takut atau gerun.
Moga-moga Allah merahmati mereka sekalian dan kita juga, Amin!

Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Monday, December 20, 2010

Habib Al-Najjar dengan munajatnya - cerita orang soleh

   Dikisahkan, bahawasanya Habib An-Najjar adalah tergolong diantara wali-wali Allah terulung. dia selalu memenuhi malamnya dengan bersolat, sedang siangnya pula dengan berpuasa. Al-hasil, dia mengahbiskan semua masanya semata-mata untuk berkhidmat kepada Tuhan Rabbul-jalil.

   Setiap malam dia sentiasa bermunajat kepada Tuhannya dengan ucapan-ucapan yang merendah diri, penuh tawadhuk serta berdoa:
"Ya Tuhan! Hamba sentiasa terseret kepada kelalaian, terbius kepada nafsu!
"Ya Tuhan! Hamba selalu dalam kerendahan dan selalu menempuh jalan kesesatan dan kecelakaan.
"Ya Tuhan! Tiada pegangan bagi hamba selain kepada hadhrat Tuan, hamba tidak mengenal pintu selain milik Tuan, hamba datang mengetuk pintu itu, inilah hamba yang penuh berlumuran dosa bersimpuh di pintu Tuan untuk merasakan nikmat berdekatan dengan Tuan!
"Ya Tuhan! Ampunilah hamba, dan alangkah celakanya diri hamba, sekiranya Tuan tidak berkenan mengampuni hamba serta tidak menerima segala kekurangan hamba, maka alangkah sialnya diri hamba ini!"

Kemudian dia pun bersujud sehingga menjelang subuh. Setelah solat Subuh, dia pun membaca Al-Quran sampai khatam. Saat dia wafat, dia membaca ayat ini:
Maksudnya: 'Sesungguhnya hamba selalu dalam kesesatan yang nyata.' (Yasin: 24)

Maksudnya: 'Sesungguhnya hamba beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarkanlah perkataanku ini!' (Yasin: 25)

Lalu kedua Malaikat pun menjawab: 

Maksudnya: 'Masuklah engkau ke dalam syurga itu!' (Yasin: 26)

Maka beliau lalu berkata pula:
 Maksudnya:  'Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui, bahawa Tuhanku telah mengampuniku, serta menjadikan diriku tergolong hamba-hambaNya yang dimuliakan.'  (Yasin: 26-27)

   Alangkah bahagianya para kekasih Allah ini. Mereka terus menghabiskan masanya dengan bermunajat kepada Allah siang dan malam, padahal orang-orang lain hampir kesemuanya dalam kelalaian dan tidur tidak sedarkan diri.

   Mereka akan sentiasa bergembira apabila waktu malam datang menggelapi alam sekitarnya, di mana manusia-manusia lain berlumba-lumba untuk bermaksiat dan lena dalam tidur yang nyenyak, padahal mereka terus sedar berdiri tegak mengerjakan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir kepada Tuhan Maha Agung, dan bermuanajat terus sampai waktu siang. Apabila datang sinar matahari, mereka terus menangis kerana terpaksa berpisah dengan amal yang sungguh dinikmati oleh jiwa mereka.

   Mereka inilah calon-calon syurga dan para penghuninya yang dijanjikan Allah untuk menikmati segala kenikmatan yang terdapat di dalam syurga itu, yang mana kelak mereka tiada lagi akan merasa takut dan mereka tidak akan berdukacita, sebagaiman yang dinyatakan Al-Quran Al-Karim.

"Ya Allah, dengan sebab keberkahan amalan soleh mereka, berikanlah hambaMu ini pertolongan dan rahmatMu, Amin!"


Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

Wednesday, November 24, 2010

Hasan Al-Basri

   Pada suatu hari, terjadi suatu peristiwa yang sangat memberi kesan kepada diri Hasan Al-Basri. Di tepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berduaan dengan seorang wanita. Di samping mereka terletak sebotol arak. Hassan berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!"

   Tiba-tiba beliau melihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan. Ia berhasil menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu itu, kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata,"Jika engkau memang lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja,sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang." Namun sayang, Hassan Al Basri tidak berhasil menyelamatkan yang seorang itu.

   Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan". Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata,"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah pula saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan kesombongan." Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan." Semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.

Antara pengajaran dari kisah ini adalah:

i)  Jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah,jangan kita menghina orang itu (dan jangan pula kita redha dgn perbuatannya) serta cuba mencari keaibannya, kerana mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya itu sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yang telah Allah kurniakan ilmu ini masih juga melakukan perkara yang dilarang Allah.

ii)  2 perkara yg patut kita ingat tentang diri kita ialah: perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. 2 perkara yg patut kita lupakan ialah: kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita.

“Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

As-Sajdah ayat 15-16.