Tuesday, November 30, 2010

no Title-it about yourselves

It’s a fate.. dah memang nasib. ape yg kte hilang, blm tentu kita akan dapat balik. banyak sangat contoh dalam dunia ni mcm kematian ahli keluarga,saudara mara, kawan2, perasaan kasih, sayang, percintaan, pendidikan, sosial, ekonomi dan yang paling penting cara kita nak atasi masalah atau cuba mendapatkan kembali ape yg telah kita kehilangan. dan kehilangan saya yang paling berharga dan tiada ganti ialah pemergian nenda tercinta ke rahmatullah......

Pernah Rasa menyesal x bila dah buat sesuatu keputusan? mst pernah kalo tersilap pilih kan? kadang2, keputusan kita yang dahulu membawa kita kepada apa yang ada pada sekarang ini.. siapakah kita pada hari ini? hartawan? bussinessman? pakar2 ekonomi? perunding sosial? namun hakikatnya keputusan yang saya pilih, membawa kepada saya yang sekarang, seorang pelajar yang menuntut di IPG Sultan Mizan, bakal menjadi guru untuk mendidik anak bangsa menjadi  hartawan, bussinessman, pakar2 ekonomi, perunding sosial dan lain2 lagi. guru membentuk insan, iaitu manusia, bukan robot yang boleh dikawal dengan remote control, ataupun ape saje yg xde perasaan, tp nak bentuk orang, tugas yang sgt3 sukar. KERANA manusia ada perasaan, beremosi tinggi, bersifat dan kita tahu tentang kita, kelebihan dan kekurangan, fiil dan perangai, kerenah dan tabiat kerana kita lah manusia yang pernah dididik oleh guru kita, kemudian diri kita ini pula akan mendidik orang lain untuk membentuk  mereka.

Amnya, pendidikan terbahagi dua iaitu secara teori dan praktikal. pendidikan lebih terbentuk di sekeliling kita, bukan di dalam buku, mengenai apa yang kita baca itu hanyalah panduan sahaja. teori semata-mata, pengetahuan maya, namun, praktikal itu lah yang lebih penting, ia mengajar kita mengenai dunia. pengalaman. entah ape yang saya fikirkan...

Bila saya tulis entry ni, teringat lak kat poem ni, yg pernah kita belajar dlu "The Road Not Taken by Robert Frost". bkn ape, kdg kala, sebagai manusia biasa, mst kita juga pernah menyesal dengan keputusan yang telah kita lakukan, yang penting kita berserah kepada Allah, kerana Allah maha perancang sesuatu. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Oleh itu, sebagai seorang hamba, wajib kita berdoa, merendah diri dan memohon yang terbaik untuk diri kita, ibu bapa, keluarga dan orang mukmin yang lain.  Jadilah seorang yang berani dalam membuat keputusan, tiada betul atau salah. Dan tidak ada salah atau cuba dalam membentuk tindakan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Right Now, Take A Move, Make A Step or You’ll Regret It.  kat bawah ni, sajak yang pernah kita pelajari dahulu...yang menceritakan perihal "keputusan..."
     
 The Road Not Taken
 Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference
.

choose the right path.....

2 comments:

  1. Sesuatu itu telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Kita selalunya menyebut takdir. Namun harus difahami berserah pada takdir dan menyalahkan takdir adalah sesuatu yang berbeza. Berserah pada takdir boleh dibuat apabila ikhtiar telah dibuat. Manakala menyalahkan takdir adalah kurang ikhtiar dalam menghadapi takdir.

    Berserah pada takdir:
    “kenapa kamu resah je?” tanye seorang rakan.
    “Aku baru ke balai polis buat laporan tentang kecurian rumah aku” jawabnya dengan sugul.
    “Sabarlah dah takdir harta itu bukan milik kamu” nasihat rakannya.
    “betul, sekarang aku mesti berusaha mendapat balik barang yang dicuri” jawabnya yakin.
    “bagaimana?”
    “bukankah dah lapor kepada polis, dan berusaha bekerja kuat dan sentiasa berdoa moga-moga semuanya lekas selesai” jawab lelaki itu.

    Lihat, katakan seorang itu kehilangan harta setelah dicuri. Maka yang harus dibuat adalah laporkan kepada polis dan berusaha untuk mendapatkan kembali harta yang dicuri. Maka itulah berserah (tawakkal) pada takdir yang telah ditentukan setelah berusaha.

    Menyalahkan takdir:
    “Mat, jom kita cari kerja yang sesuai? Cadang seorang rakan.
    “Man, kita ni dah lama macam ni, kita miskin tak berharta” keluh Mat
    “Habis tu macam mana?” tanya Man
    “Dah takdir Man, biarlah kita macam ni, ini pun dah cukup” balasnya lemah

    Lihat, inilah soal menyaalahkan takdir. Jangan menyalahkan takdir tanpa berusaha untuk mengubah takdir untuk takdir yang lebih baik. Betul, ilmu manusia hanya setitik dari lautan yang luas berbanding ilmu Allah yang Infiniti luasnya.

    Apa yang perlu dibuat adalah berusaha untuk perkara yang kita inginkan. Jawapannya ialah dengan berdoa dan berusaha. Kemudian barulah tawakal dan berserah pada takdir. Teruskan usaha semoga akan kuat jiwa dan hatimu.

    Hidup adalah satu pilihan, ijbari dan ikhtiari. Ijbari adalah sesuatu yang ditetapkan. Jodoh pertemuan, tanah perkuburan ataupun harta kerahan. Sesuatu yang telah ditetapkan dan mesti berdoa dan bertawakal. Manakala ikhtiari adalah pilihan yang boleh dibuat, samada jalan baik atau buruk. Pilihan itu ada ditangan masing-masing.

    Pilihlah jalan (road) yang terbaik dalam hidup. Semoga bahagia disepanjang hidup. Sekian..

    ReplyDelete
  2. rase mcm anda dah salah faham kot tentang post saya ni. saya tidak bercakap pasal takdir, tetapi lebih kepada umum dan pendidikan dan tidak ditujukan kepada mana2 pihak. tp time kasih ats pandangan anda, dapat menambahkan ilmu saya :)

    ReplyDelete