Tuesday, January 11, 2011

Cerita Seorang Wali Majzub- Cerita Orang Soleh

Diceritakan dari sesetengah orang-orang soleh, bahawanya dia berkata:
Ketika saya menjadi majzub (orang yang tidak menghiraukan dunia), semasa khalwat, dan saya berjanji kepada Tuhanku tidak akan merasakan makanan selama 40 hari.
Apabila saya berada di dalam khalwat itu selama  20 hari, saya sudah tidak tertahan lapar, dan keadaanku sudah tidak keruan lagi. Maka saya pun keluar dari khalwatku, dan saya terus tidak sedarkan diri hinggalah saya sampai di pasar.
Ketika saya dalam keadaan begitu, berlalu dihadapanku seorang fakir, lalu dia memohon kepada Allah satu paun roti, satu paun daging bakar dan satu paun manisan. Saya merasa hairan terhadap si fakir ini, dia berlalu dihadapanku, dan dia tidak bertanya sapa kepadaku. Maka aku berkata di dalam hatiku:
“Si fakir ganjil ini, betapa dia mencita-citakan makanan yang sedap-sedap ini?! Aku hendak sepotong roti keras, aku tak dapat?!
Sebentar lagi, saya lihat dia datang kepadaku, dan ditangannya ada semua yang diminta kepda Allah tadi, lalu dia pun memberikannya kepadaku, seraya berkata:
“Hai manusia! Tahukah siapa orang yang  ganjil itu? Biarlah aku yang beritahu kau, iaitu: Orang yang ganjil itu ialah orang keluar dari khalwatnya kerana mengingini syahwat dunia, dia lalu membatalkan janjinya dengan Tuhan kerana hendakkan benda-benda yang baik dan mahal-mahal”
Kemudian dia mengingatkanku lagi: Orang yang hendak menggulung empat puluh hari itu hendaklah dia menggulungnya sedikit demi sedikit. Lain kali jangan buat lagi”.
Si fakir itu lalu pergi dari situ, dan sesudah itu saya tidak pernah melihatnya lagi.

Dipetik daripada:
Untaian Kisah Para Wali Allah, karangan Syed Ahmad Semait.

No comments:

Post a Comment